admin@drkhairol.ovh

Working: 8.00am - 5.00pm

  • About
  • News
  • Contact
Dr Khairol Ishak
  • Home
  • Services
    • Service Details
    • Our Portfolio
    • Our Team
  • Pages
    • About Us
    • Price Plans
    • Our Services
    • Appointment
  • Blog
    • Blog List
    • Blog Grid
    • Blog Details
  • Team
  • Contact
Get Quote

Latest Posts

  1. Home
  2. Blog
  3. Blog List
  4. Social Entrepreneurship SBM-PUNB
Social Entrepreneurship SBM-PUNB
Featured

Social Entrepreneurship SBM-PUNB

Dr Khairol Anuar Ishak Solution Model 15 October 2024

Program PUNB-SBM, UUM Social Entrepreneurship Unichallenge 2024. Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak iaitu PUNB, Usahawan komuniti di sekitar Kubang Pasu, Pensyarah serta pelajar SBM, UUM di Pusat Pengajian dengan kerjasama  Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan serta penglibatan Unit Komunikasi Korporat , UUM.



Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) dengan dibantu oleh Unit Komunikasi Korporat (UUM) akan menganjurkan Program PUNB-SBM, UUM Social Entrepreneurship Unichallenge 2024. Program ini dianjurkan secara bersama PUNB dalam membantu pelbagai pihak terutama pelajar dan juga komuniti usahawan mikro setempat untuk menambahbaik perniagaan usahawan-usahawan mikro. Program ini bertujuan untuk melatih para pelajar mempraktikkan ilmu keusahawanan dan pengurusan yang dipelajari dalam dewan kuliah untuk dipraktikkan bersama usahawan mikro dengan bantuan pensyarah-pensyarah yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan.

“Pertandingan di antara kumpulan yang terlibat dari aspek kreativiti & inovasi, kemajuan perniagaan usahawan yang di bantu, serta ilmu yang dilatih serta dipraktikkan oleh pelajar serta usahawan terlibat.”
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Penaja Utama

Program ini di adakan bagi mencapai objektif berikut:

  1. Memupuk pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar.

  2. Memberi peluang bagi pelajar mempraktiskan nilai dan kemahiran keusahawan dari peringkat awal sehingga praktikal.

  3. Mendedahkan pensyarah serta pelajar kepada usaha melaksanakan aktiviti perniagaan dengan mengaplikasikan ilmu keusahawanan melalui penglibatan perniagaan diperingkat mula (starts-up) dan menambahbaik perniagaan usahawan mikro.

  4. Memberi ruang kepada pensyarah, pelajar untuk mempraktikkan ilmu keusahawanan di lapangan.

Image
Image

Fasa Perlaksaaan (Oktober - Disember 2024)

Melalui pendekatan ini, pelajar bukan sahaja dapat memperkukuhkan pengetahuan teori mereka dengan pengalaman praktikal, tetapi juga memberikan impak positif kepada komuniti setempat. Program ini selaras dengan objektif UUM untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga mampu memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat melalui inovasi dan keusahawanan. Program ini akan dilaksanakan bagi 5 Fasa:

  1. Fasa 1 - Pembentukan Kumpulan daripada pelajar UUM sebagai Konsultan Muda - SBM UUM

  2. Fasa 2 - Latihan diberikan kepada Konsultan Muda dan Usahawan Mikro - UUM / PUNB

  3. Fasa 3 - Perlaksanaan Penambahbaikan dan Pemantauan Usahawan Mikro terpilih.

  4. Fasa 4 - Penilaian kepada Usahawan dan Konsultan Muda

  5. Fasa 5 - Pembentangan projek dan penyampaian sijil serta hadiah kepada pemenang kumpulan Konsultan Muda terbaik

 

Image
2 Pensyarah selaku Konsultan – Leader dan Member

5 Pelajar yang terpilih selaku “Konsultan Muda”

1 Orang Usahawan Mikro Sekitar Kubang Pasu, Kedah

Latihan Konsultan Muda & Usahawan Mikro – UUM/PUNB

Perlaksanaan Penambahbaikan dan Pemantauan

Program Konsultan Muda ini diharap dapat mencapai objektif utamanya iaitu memberikan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam situasi dunia nyata, sambil membantu usahawan mikro meningkatkan pendapatan dan kemajuan perniagaan mereka. Program ini bukan sahaja memperkasakan pelajar dengan pengalaman praktikal dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, tetapi juga memberi manfaat kepada komuniti setempat, khususnya di Kubang Pasu. Secara keseluruhan, ia mencerminkan usaha kerjasama antara akademik dan industri untuk membina ekosistem keusahawanan yang lebih dinamik dan menyokong pembangunan ekonomi tempatan. 

  • Business
  • Solution
  • SME
Dr Khairol Anuar Ishak
Dr Khairol Anuar Ishak
Dr Khairol is an expert in Franchise and Relationship Marketing. He likes to share his knowledge in the franchise industry, especially from Malaysia and the International context.
Website: https://drkhairol.com
Search Here
Categories
  • Business Solution (5)
  • Solution Model (10)
  • More Business (1)
  • Consulting Business (0)
  • Franchise (2)
Recent Posts
  • 21 October 2024
    Elemen Pembangunan Keusahawanan Sosial
  • 21 October 2024
    Keusahawanan Sosial Anjuran SBM-PUNB
  • 15 October 2024
    Social Entrepreneurship SBM-PUNB
  • 07 September 2024
    Small and Medium Enterprises in Malaysia
Popular Tags
  • Speed
  • Business
  • Solution
  • Franchise
  • Technology
  • SME
  • Services
  • Small and Medium Enterprise
  • Strategy
  • Growth
  • Licensing
  • Finance
  • UI/UX Design
Image
Need Help? We Are Here To Help You
Contact Us
Image
Image

Latest Business Ideas

Sign Up Newsletter


Quick Links
Quick Links

  • Forum Support
  • Help & FAQ
  • Contact Us
  • Pricing & Plans
  • Cookie Policy
  • About Us
  • My Account
  • Our Company
  • Service
Opening Hours
Opening Hours

Week Days

09.00 - 24:00

Saturday

08:00 - 03.00

Sunday

Day Off

Contact Us
Popular Updates
Popular Updates

  • 21 October 2024
    Elemen Pembangunan Keusahawanan Sosial
  • 21 October 2024
    Keusahawanan Sosial Anjuran SBM-PUNB

Dr Khairol Ishak - Copyright 2025. All rights reserved.

  • Home
  • Services
    • Service Details
    • Our Portfolio
    • Our Team
  • Pages
    • About Us
    • Price Plans
    • Our Services
    • Appointment
  • Blog
    • Blog List
    • Blog Grid
    • Blog Details
  • Team
  • Contact
Image

We specialize in Franchising Management System. Call us now!

Get In Touch
+6049287452

admin@drkhairol.ovh

drkhairol.com

School of Business, COB, UUM