admin@drkhairol.ovh

Working: 8.00am - 5.00pm

  • About
  • News
  • Contact
Dr Khairol Ishak
  • Home
  • Services
    • Service Details
    • Our Portfolio
    • Our Team
  • Pages
    • About Us
    • Price Plans
    • Our Services
    • Appointment
  • Blog
    • Blog List
    • Blog Grid
    • Blog Details
  • Team
  • Contact
Get Quote

Latest Posts

  1. Home
  2. Blog
  3. Blog List
  4. Keusahawanan Sosial Anjuran SBM-PUNB
Keusahawanan Sosial Anjuran SBM-PUNB
Featured

Keusahawanan Sosial Anjuran SBM-PUNB

Dr Khairol Anuar Ishak Solution Model 29 October 2024

Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), UUM dengan kerjasama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah menganjurkan Social Entrepreneurship Unichallenge 2024. Program ini dianjurkan secara bersama untuk menyempurnakan hasrat PUNB dalam membantu pelbagai pihak terutama pelajar dan juga komuniti usahawan mikro setempat untuk menambahbaik perniagaan usahawan-usahawan mikro .Program ini bertujuan untuk melatih para pelajar mempraktikkan ilmu keusahawanan dan pengurusan yang dipelajari dalam dewan kuliah untuk dipraktikkan bersama usahawan mikro dengan bantuan pensyarah-pensyarah yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan.


Turut diadakan adalah Pertandingan di antara kumpulan yang terlibat dari aspek kreativiti & inovasi, kemajuan perniagaan usahawan yang di bantu, serta ilmu yang dilatih serta dipraktikkan oleh pelajar serta usahawan terlibat. Melalui program ini adalah diharapkan pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran pratikal sebagai satu kaedah dalam menjayakan perniagaan usahawan di bawah bimbingan mereka. Adalah di harapkan program ini akan membantu pelajar menyuntik pengetahuan dan pengalaman berkaitan dengan kemahiran keusahawanan selain dapat meningkatkan aspek pembudayaan keusahawanan pelajar serta usahawan.

“Social businesses—enterprises created not to maximize profit for shareholders, but to solve specific social issues”
Professor Muhammad Yunus

Author

Keusahawanan sosial semakin meningkat popular dan kini diiktiraf sebagai elemen yang signifikan untuk menangani masalah sosial dan alam sekitar. Keterlihatan peranan keusahawanan sosial dalam mengatasi masalah ekonomi juga turut meningkat. Melalui keusahawanan sosial, kaedah, cara dan strategi keusahawanan akan dikenalpasti dalam menyediakan penyelesaian sistemik kepada permasalahan sosial dan alam sekitar. Aktiviti keusahawanan social sememangnya konsisten dengan peranan yang dimainkan oleh sektor awam dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility). Di peringkat global, perusahaan sosial telah diiktiraf oleh pihak kerajaan sebagai rakan strategik dalam mengenal pasti dan memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat. Dalam erti kata lain, perusahaan sosial berperanan secara langsung membantu pihak kerajaan untuk menyantuni mereka yang terpinggir dan sering tercicir daripada program bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Image

KEUSAHAWANAN SOSIAL DI MALAYSIA

Terdapat beberapa faktor pendorong yang telah menyebabkan peningkatan kepada isu-isu sosial serta alam sekitar. Ianya telah memberi kesan dan impak kepada Kerajaan, perniagaan dan masyarakat sehingga ke akar umbi, disamping turut mempengaruhi perkembangan keusahawanan sosial di Malaysia. Perkembangan ini seterusnya telah memberi dorongan kepada usahawan-usahawan sosial untuk membangunkan model perniagaan yang berteraskan penyelesaian inovatif.

Image

Konsep keusahawanan sosial mungkin masih baharu dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Namun, hakikatnya, prinsip keusahawanan sosial telah mula wujud di Malaysia sejak tahun 1922 iaitu apabila Enakmen Syarikat Bekerjasama 1922 (The Cooperatives Societies Enactment 1922 [FMS Cap. 97 of 1935]) diwartakan dan menjadi asas kepada pembentukan koperasi. Kini, konsep keusahawanan sosial telah diaplikasikan melalui pelbagai entiti seperti koperasi, badan amal, organisasi kemasyarakatan dan perusahaan dalam menjalankan aktiviti ekonomi mereka. Malah, keusahawanan sosial semakin menarik minat bukan sahaja dari kalangan usahawan, tetapi juga daripada kalangan sektor awam, swasta dan ahli akademik. Berdasarkan kajian The State of Social Enterprise in Malaysia yang dilaksanakan oleh British Council, jumlah perusahaan sosial di Malaysia pada tahun 2018 dianggarkan sebanyak 20,749 yang merangkumi 0.8% Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), 79% koperasi dan 3.47% badan bukan kerajaan (NGO). Ekosistem keusahawanan sosial di Malaysia masih berada pada peringkat awal berbanding ekosistem sedia ada bagi gerakan koperasi dan PMKS, di mana hanya kira-kira 0.2% daripada sembilan juta pertubuhan perniagaan di Malaysia adalah perusahaan sosial.

  • Gallery Item 1
  • Gallery Item 1
  • Gallery Item 1
  • Gallery Item 1
  • Gallery Item 1
  • Gallery Item 1
  • Entrepreneur
  • Keusahawan Sosial
  • SBM-PUNB
  • UUM
Dr Khairol Anuar Ishak
Dr Khairol Anuar Ishak
Dr Khairol is an expert in Franchise and Relationship Marketing. He likes to share his knowledge in the franchise industry, especially from Malaysia and the International context.
Website: https://drkhairol.com
Search Here
Categories
  • Business Solution (5)
  • Solution Model (10)
  • More Business (1)
  • Consulting Business (0)
  • Franchise (2)
Recent Posts
  • 21 October 2024
    Elemen Pembangunan Keusahawanan Sosial
  • 21 October 2024
    Keusahawanan Sosial Anjuran SBM-PUNB
  • 15 October 2024
    Social Entrepreneurship SBM-PUNB
  • 07 September 2024
    Small and Medium Enterprises in Malaysia
Popular Tags
  • Speed
  • Business
  • Solution
  • Franchise
  • Technology
  • SME
  • Services
  • Small and Medium Enterprise
  • Strategy
  • Growth
  • Licensing
  • Finance
  • UI/UX Design
Image
Need Help? We Are Here To Help You
Contact Us
Image
Image

Latest Business Ideas

Sign Up Newsletter


Quick Links
Quick Links

  • Forum Support
  • Help & FAQ
  • Contact Us
  • Pricing & Plans
  • Cookie Policy
  • About Us
  • My Account
  • Our Company
  • Service
Opening Hours
Opening Hours

Week Days

09.00 - 24:00

Saturday

08:00 - 03.00

Sunday

Day Off

Contact Us
Popular Updates
Popular Updates

  • 21 October 2024
    Elemen Pembangunan Keusahawanan Sosial
  • 21 October 2024
    Keusahawanan Sosial Anjuran SBM-PUNB

Dr Khairol Ishak - Copyright 2025. All rights reserved.

  • Home
  • Services
    • Service Details
    • Our Portfolio
    • Our Team
  • Pages
    • About Us
    • Price Plans
    • Our Services
    • Appointment
  • Blog
    • Blog List
    • Blog Grid
    • Blog Details
  • Team
  • Contact
Image

We specialize in Franchising Management System. Call us now!

Get In Touch
+6049287452

admin@drkhairol.ovh

drkhairol.com

School of Business, COB, UUM